Sekembalinya kami dari Sik Isnin 6 Julai 2009, berbagai persoalan tak terjawab dalam minda kami. Kenapa anak kami begitu mendadak mahu tukar sekolah bahkan bila ditanya apa sebabnya...dia hanya cakap tak ada apa...introvert rupanya anak aku ni...Kita tukar tahun depan lah ye..Hanya perkataan"ikut walid dan umi". Lain benar nadanya.
Anak kami. Kami kenal siapa anak kami. Bahagia ke dia, sedih ke dia, muramnya, cerianya, makannya, bahkan gosok gigi pun kami tahu dibuatnya atau pun tidak. Itulah anak kami. Anak berkat yang lahir di waktu hari guru dirayakan seluruh negara pada 16 Mei 1996. Anak inilah yang menambah rezeki umi dan walidnya melanjutkan pelajaran di UKM dan UPM selepas kelahirannya. Anak inilah yang lahirnya dengan mulut yang menguntum kemerahan bagaikan mawar segar dipagi hari yang tidak akan jemu mata memandang.
Nan bukan anak sebarangan. Namun apakan daya anakku sayang Nan tewas dan tak mampu lagi bangun di bumi SMKAS. Tewas dengan pulaun dari rakan dan sahabat, dengan leteran demi leteran dari ustazah dan guru kelas sehingga terkeluar ayat cikgu meluat tengok muka kamu lagi..... Tak apalah anakku sayang mari kita sama-sama buktikan betapa rugi SMKAS dengan kehilangan cucu tok Guru Haji Itam Pondok Tanjung Bedil ini.
Walid amat percaya bahawa anak walid akan menjadi somebody di Malaysia satu hari nanti. Dengan karisma yang ada pada anak walid walid amat percaya...you can do it...
Walaupun ada suara-suara yang cuba mengorek apa sebenarnya berlaku, tapi biarlah Dek Nan.. Jadi lah macam abang Jaudat yang saban tahun membuktikan keupayaan demi keupayaan.. Dek Nan pasti boleh ...!
Ingat anakku sayang...kita pernah lakukan dulu dan sejarah pasti akan berulang.....Mari sama-sama kita lakukan....

No comments:
Post a Comment