Friday, July 10, 2009

di dusun....bersama buah jentik


Kelmarin 10 Julai 2009 kami berdua ke sebuah dusun di Kampung Empa Wang Tepus. Melihat dan menikmati alam sekitar yang nyaman dengan angin dari bukit yang melenakan. Sesampai di dusun, apa lagi kalau tak ke bawah pokok durian. Wah 13 buah durian di bawah pokok. Seronoknya melihat buah durian ni. Kami apa lagi mengutip buah-buah durian ini dan meletakkannya di bonet kereta. Sebenarnya tak ada apa yang menarik sangat dengan ambik buah durian di bawah pokok durian ni. Cumanya yang agak menarik ialah pokok jentik. Pokok ini rendah buah boleh dicapai dengan tangan namun yang menghairankan ialah dalam satu tangkai tak semua masak ada yang masak dan ada yang tidak.

Tengok umi asma sedang memetik buah jentik. Bukan jentik-jentik! Siap dengan ray-ben lagi kelas gitu.....

1 comment:

  1. Alangkah baiknya kalau hang pi TUT pokok jejentik tu dan tanam kat tepi umah hang tu..senang aku nak pi cari bila dia dah masak dan ranum...heee

    ReplyDelete