Saturday, July 4, 2009

Hari yang entah ape-ape buat anakanda kami Muhamad Afnan

Sebenarnya hari ini kami selaku ibu bapa berasa keliru antara keegoan menjawat beberapa jawatan yang Allah kurniakan iatu ibu, ayah, ustazah, guru bimbingan dengan kehendak anakanda seorang ni...... Afnan. Setelah 6 bulan di SMKA Sik tiba dengan linangan air mata.... pagi jumaat 3 Julai 2009 Muhamad Afnan anakanda kami yang terkenal dengan baik, happy, tak banyak masalah mengalirkan air mata di depan kami umi dan walidnya mencurahkan perasaan tentang ketidak selesaan nya dengan guru nya yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat saya dah meluat tengok muka dia....ditambah dengan dipulau oleh pelajar lain.... Kami hanya mendengar tetapi sebagai seorang guru kaunseling rasa terkilan itu ada namun apalah daya kami...anak kami tidak dididik untuk rebel positif dengan orang lain.... Keputusannya kami keluarkan Dek Nan dengan cara yang paling baik tanpa menguriskan hati sapa-sapa.... agar tidak lagi ada insan yang meluat tengok muka anak kami lagi.

Tapi cikgu berpegang kepada kata-kata bekas ketua penolong pengarah PSPN Perak Tn Hj Abu Hassan ....kalau kita niat mendidik dengan niat yang betul-betul ikhlas mendidik anak bangsa ...Allah akan membantu guru-guru mendidik anak-anak kita......

No comments:

Post a Comment