

Ibuku sayang...Dulu ibulah yang memelukku ketika diri ini ketakutan dengan datangnya angin kuat dari selat Melaka menjengah rumah kita. Ingat tak tangan ibulah yang memicit perut betisku kerana keracunan makanan dulu. Bibirmu sentiasa basah dengan zikrullah mendodoikan aku ketika kecil dulu. Jejari ibulah yang memegang minyak tanah di luar kelambu untuk disapukan ke hidungku kerana ketatnya hidungku dek selsema....

Kini tangan anakmu inilah yang memandikan ibu sementara ibu masih bernyawa...tanga inilah yang meletakkan shampoo di kepalamu.. agar rambut ibu wangi...agar badan ibu segar... Ampunkan dosa anakmu ibu sekiranya ada sekelimut hatiku yang lari dari mahu berkhidmat padamu di saat akhir perjalananmu di dunia ini.........
Ya Allah ampunkan dosa ibu ku Siti Ajar Hj Hassan...... Permudahkanlah segalanya untuknya...Rahmatilah dia.....Redhokan amalannya... Sayangi dia Ya Allah........Sesungguhnya aku tidak berdaya.........Dia membelaiku untuk aku terus hidup didunia sedangkan tanganku membelainya belum tentu untuk dia terus hidup didunia fana ini...Ya Allah ...... berilah aku kekuatan untuk dapat bersama-samanya.....terus mendampinginya.....Amin ya Robbal Alamin....
...

Semoga semuanya diRedhaNya..Aminn.
ReplyDeleteAwat hang pi post photo sexy ni..? sensor laa sikit noo...
Aku ngan hang saja tengok aku bukan bagi kat orang lain
ReplyDeleteOkay..la kalau lagu tu...
ReplyDeleteBoleh dimaafkan..
Kalau tidak kena bayaq pirdiah...kat aku !
heeee..Lagi pun dimasa depan photo tu boleh disensorkan kalau hang mahu..
Bisa saja dong..